21 May 2010

Berkongsi cerita: Chinese students dan ko kurikulum

Pengetua yang jugak merupakan majikan abah aku berkongsi cerita tentang betapa susahnya nak tengol muka Chinese students waktu petang masa aktiviti ko-kurikulum (unit beruniform, persatuan dsb.)

Disebabkan kadar ketakhadiran yg terlalu tinggi, maka beliau pun memanggil la salah sorang Chinese student yg selalu sangat tuang attemdamce ko-kurikulum. Begini lah lebih kurang dialog dorang.

Pengetua: Kenapa awak selalu tak datang ko-kurikulum?

Student: Macam mana saya nak datang cikgu. Saya kena kerja, cari duit waktu petang kalau nak makan malam.

Pengetua: Aik, takkan mak awak tak masak makan malam?

Student: Tak ada cikgu. Kalau saya nak makan malam, saya kena kerja dekat bengkel, baru boleh beli makanan. Mak saya masak tengah hari je. Kalau saya datang ko-ko, malam saya tak dapat makan la cikgu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, sekarang kita tngok macam mana cara didikan ibu bapa masyarakat Cina terhadap anak-anak mereka.

Nampak macam sucks dan mendera kan? Budak tu sekolah lagi, tapi makan sekali sehari je. Nak makan malam kena cari duit pastu beli sendiri.

Tapi secara terus-terang aku kagum dengan kaedah dorang mendidik anak macam ni. Sejak dari awal zaman muda lagi, dorang dah asuh anak-anak dorang untuk berdikari dan berusaha untuk dapatkan sesuatu. Anak-anak muda diajar untuk bekerja keras dan tak membuang masa.

Memang keras cara mendidik anak macam ni, tapi hasilnya? Sebab itu kebanyakan anak-anak muda dari latarbelakang masyarakat Cina ni walaupun ada sesetengahnya kurang berjaya dalam akademik, tapi masih mampu untuk berdikari, berusaha sendiri mencari nafkah. Bila dari awal lagi diajar hidup susah. lama-lama kesusahan dan kesukaran dalam apa-apa bidang pun tak lagi menjadi penghalang besar buat dorang.

Jadi amacam, apa pendapat korang? :) (Boss)

No comments: