13 May 2010

7 tips menghadapi kegagalan percintaan seperti Dani @ Adamaya

Tadi aku tengok Adamaya, episod last kot. Scene terakhir drama tu agak menarik bagi aku. Dani, yang gila bayang terhadap Maya, menangis-nangis kat tepi longkang (anak sungai?) sambil membuang gambar-gambar kenangan bersama Maya. Tapi last2 dia ubah fikiran, kutip balik gambar-gambar yang dah dibuang pastu ternampak sorang awek yang seakan Maya. Mula2 dia approach, panggil awek tu dengan panggilan B tapi setelah disergah, barulah Dani sedar, awek tu bukan Maya. Nampak pulak kawan awek tadi, pun dia nampak muka awek yg kedua tu nampak macam muka Maya, tapi sekali lagi dia tersedar awek tu bukan Maya setelah disergah. Scene berakhir dengan Dani berlari ke arah hilir anak sungai sambil menjerit nama Maya.

Fuhhh..tragis2..teruk betul kesan kena reject, lebih kurang macam kesan propofol

Psychosis yang disebabkan oleh putus cinta @ direject oleh awek secantik Lisa Surihani amat-amat merugikan negara. Bayangkan betapa membazirnya tenaga muda, dengan cerebral cortex yang boleh dimanfaatkan untuk menjana ekonomi negara disia-siakan dan terpaksa disumbat dengan anti-psychotic yang banyak side effects seperti clozapine. Jadi, aku pun ambik la masa sikit untuk tulis tips2 putus cinta & direject khusus buat laki2 seperti Dani, dan apa-apa juga kes putus cinta yang lain

TIPS2 MENGHADAPI TEKANAN AKIBAT PUTUS CINTA @ DIREJECT AWEK

1. Hembus nafas perlahan-lahan, kemudian tarik nafas dalam2 kemudian tahan untuk 5 saat sebelum dihembuskan keluar.

Rasional: Apabila mengetahui anda telah direject, sympathetic system anda akan terangsang. Jadi langkah pertama ni untuk membolehkan cukup oksigen menyerap masuk ke dalam badan anda, dan yg penting cukup oksigen masuk ke dalam kepala otak anda bagi mengelakkan anda melakukan perkara-perkara yang bodoh.

2. Berdoa kepada Allah (kepada Tuhan jika anda non-muslim) agar diberi kekuatan.

Rasional: Segala yang berlaku, adalah di atas kehendak dari Nya. Oleh yang demikian, penting bagi anda memohon kekuatan daripada Allah agar anda tidak hanyut @ kecundang dalam hidup anda disebabkan dugaan yang anda alami sekarang.

3. Ambil pen, tulis apa perasaan anda sepuasnya. Kemudian, bakar catatan anda tersebut.

Rasional: Kebanyakan lelaki akan merasa malu, dan susah nak cerita kat orang. Takpe, tulis ape yang anda tak puas hati dalam kertas/notes tentang apa saja yang anda tak puas hati bila kena reject @ putus cinta. Luahkan segalanya. Lebih afdal sekiranya anda mencarut-carut dan memaki hamun seluruh keturunan awek yang reject anda, puaskan segala nafsu amarah anda. Kemudian, hapuskan bukti supaya anda tak kantoi dengan adik, kawan sebilik, mak ngah anda atau supervisor anda. Kegagalan menghapuskan notes ni akan menyebabkan kemaluan besar terhadap anda di kemudian hari.

4. Cari hobi yang boleh menjadikan anda berasa seronok

Rasional: Bila anda putus cinta @ direject, anda akan kehilangan sesuatu untuk difokus, kalau dulu anda ade seseorang untuk bermanja-manja, main SMS, ym, komen-mengomen di facebook sekarang anda dah tak boleh melakukan perkara2 yang menyeronokkan tersebut. Jadi cari keseronokan lain. Mainlah game2 seperti Modern Warfare 2, GTA atau pergi ikut kawan memancing ikan di laut. Cari satu pasukan bola sepak yang jarang kalah seperti Man Utd dan sokong mereka setiap kali perlawanan. Pendek kata, cari sebuah hobi untuk membolehkan anda fokus.

5. Putuskan hubungan anda dengan awek yang mereject anda

Rasional: Bila anda masih lagi menyimpan no telefon, facebook atau twitter awek yang mereject anda, anda pasti berasa tertekan bila melihatkan facebook mereka sedangkan mereka takkan lagi menjadi milik anda. Ditambah pulak bila awek tersebut mengupload gambar boyfriend baru dorang, peh..serius panas kan,kan? Jadi, cut all connection with her at all cost. Anda boleh menyambung kembali hubungan, sebagai kawan atau rakan sekerja setelah emosi anda stabil. Kebiasaannya lelaki akan mengambil masa purata 7-8 bulan untuk kembali stabil, jadi agak2 la bila korang dah rasa ok, then kalau nak kawan, kawan la balik.

6. Buang segala memori anda bersama dia

Rasional: Memori terbahagi kepada dua, memori indah dan memori pahit. Tapi bila dah break up atau direject, takkan ada memori yang manis, semua akan jadi racun berbisa. Jadi, kumpulkan semua barang-barang yang pernah diberi oleh awek tersebut, dan lupuskan dengan cara memulangkan semula, membakar, menjual kepada sesiapa yang berminat atau melelongnya di Mudah.my. Pendek kata, barang yang lepas, lupuskan sahaja.

7. Lakukan Post-mortem

Rasional: Mesti ada sebab kenapa anda direject, contoh dalam kes Dani (drama Adamaya), memang patutlah kena reject sebab Maya tu dah jadi isteri orang. Setelah segalanya tenang dan mood kembali stabil, ambil pen dan kertas, senaraikan apa yang telah anda lakukan yang mungkin menjadi sebab anda direject. Jujur dengan diri sendiri, kerana jika anda menipu diri sendiri, tiada siapa lagi yang boleh membantu anda. Kenalpasti apa punca sebenar yang membawa kepada perpisahan @ direject oleh awek tersebut e.g anda terlalu gelojoh?, anda bermain kayu tiga? anda terlalu mengongkong? dia main kayu tiga? dia mata duitan? dia memang playgirl?.... Dalam hal ini ketepikan ego. Dengan mengenalpasti punca sebenar, anda akan dapat memperbaiki diri dan seterusnya membolehkan anda berjaya dalam kehidupan di masa akan datang.

Baiklah, terima kasih. Sekian. (Boss)

4 comments:

amirah said...

"Lebih afdal sekiranya mencarut-carut dan memaki hamun seluruh keturunan awek yang direject"
hehe...barula puas hati kan

baru tau secara purata laki amik masa 7-8 bln utk stabil

karl said...

hehe

marah takkan hilang selagi tak diluah. dengan menulis kat atas kertas kebiasaannya orang akan lega.

Legasi Piston Pecah said...

no.2,5 dan 6...

senang cerita kita perlu berfikiran positif..ambil tindakan yang positif dan jangan pilih cara yang salah..bukan saja kita merana,tapi juga mensia-siakan masa yang ada untuk sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Dani perlu bersikap terbuka dan menerima apa yang terjadi..setiap apa terjadi memang sudah ditentukan..

karl said...

Legasi Piston Pecah: yup, that's so true bro :)