15 May 2010

5 kerjaya paling stabil

Zaman ekonomi yang makin tak stabil sekarang, penting untuk golongan remaja terutamanya lepasan sekolah untuk memilih kerjaya yang stabil dan ada prospek yang bagus untuk masa depan. Jadi kepada mereka yang masih dalam perancangan untuk memilih kerjaya @ bidang pengajian, mungkin entry kali ni boleh bagi sedikit sebanyak panduan untuk korang.

Walaupun cuma 5 kerjaya yang disenaraikan di sini, tak bermakna kerjaya-kerjaya lain takde prospek yang bagus. Apa yang disenaraikan di sini berdasarkan senarai2 yang terdapat di beberapa buah website kerjaya, tapi aku sesuaikan jugak dengan apa yang relevan dengan iklim kerjaya kat Malaysia ni. Senarai ni tak mengikut ranking, jadi aku akan gunakan huruf (a) - (e)

(a) Guru/pensyarah

Buat masa sekarang kat Malaysia dah ada lebih kurang 10 000 buah sekolah, dan 300 000 orang guru di Malaysia. Bilangan sekolah akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun disebabkan pertambahan populasi dalam negara. Begitu juga dengan bilangan IPT, terutamanya IPTS, so pensyarah pun antara kerjaya yang highly demanded buat masa sekarang. Untuk menjadi cikgu, kelulusan yang diperlukan biasanya Bac of Edu (Hons.), ataupun apa-apa ijazah + diploma perguruan lepasan ijazah. Kalau nak jadi pensyarah pulak sekurang-kurangnya kelayakan yang diperlukan ialah Master.

(b) Doktor gigi

Berdasarkan statistik KKM, pada tahun 2008 nisbah dentist : penduduk Malaysia = 1 : 7618. Ditambah pulak dengan tempat pengajian yang terhad di IPTA, pengeluaran graduan yang sedikit pada setiap tahun menyebabkan profesion ni teramatlah kurang di Malaysia. Untuk menjadi dentist, kelayakan yang diperlukan ialah Bac Dental Surgery (BDS) atau Doctor of Dental Surgery (DDS)

(c) Penguatkuasa undang-undang

Terdiri daripada penguatkuasa undang-undang persekutuan (Polis, Kastam, Imigresen) ataupun penguatkuasa undang-undang majlis pentadbiran tempatan. Selalunya untuk melayakkan diri ke dalam kerjaya ni, displin amat dititik beratkan. Buat masa sekarang, kelayakan untuk menceburkan diri ke dlaam bidang ni bergantung kepada jawatan yang bakal dipohon, contoh untuk memohon jawatan Inspektor PDRM, kelayakan minimum ialah diploma. Tapi most preferably, sudah tentulah lulusan undang-undang (e.g Bac Legal Study (BLS) atau Bachelor of Law (LLB) ).

(d) Pentadbiran universiti/kolej

Terdiri daripada semua kerjaya yang terdapat dalam bahagian pentadbiran universiti/kolej (pembantu tadbir, penolong pendaftar, pegawai eksekutif, pegawai bahagian pengambilan pelajar dsb). Setiap tahun bilangan pelajar yang mendaftar masuk ke universiti/kolej bertambah menjadikan kerjaya dalam bidang pengurusan universiti ni antara kerjaya yang stabil. Tiada ijazah khusus diperlukan, tetapi yang diutamakan kebiasaannya graduan daripada Bac of Administrative Study, dan mana-mana ijazah yang bersesuaian daripada bidang sains sosial

(e) Jururawat

Bidang kerjaya ni sentiasa diperlukan, memandangkan sektor perkhidmatan kesihatan sentiasa berkembang di negara ni. Kelulusan yang diperlukan kebiasaannya Diploma in Nursing, tapi memandangkan Malaysia sekarang menuju ke arah status negara maju, Bac of Nursing adalah satu kelebihan buat jururawat-jururawat sekarang.

Tapi macam yang aku tulis awal-awal tadi, bukanlah bermaksud kerjaya dalam bidang lain takde prospek yang bagus, cuma analisis entry ni berdasarkan analisis yang aku buat berdasarkan beberapa senarai yang diperoleh daripada website-website yang berkaitan dengan kerjaya. Sebelum memilih bidang kerjaya, banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira juga seperti kebolehan/keupayaan untuk melayakkan diri melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan, minat/kecenderungan dan pasaran kerjaya terkini pun perlu diambil kira. Walau apa pun bidang yang dipilih, ketekunan dan inisiatif untuk menjadikan diri sebagai sumber tenaga kerja yang kompeten merupakan kunci kepada survival dalam kehidupan. (Boss)

5 comments:

nEo.. said...

Ermmm..semua yg di atas tu aku tak layak nak jadi.( pasal dulu sekolah malas ) :P

Loyar Lawa said...

hahhahaa nasib bek ade tersenarai kire selamt sikit la ye...muahahaha

karl said...

Neo: haha..yela, sama la kita

Loyar Lawa: bagus2 :D

MAMA AIZARA said...

kerjaya akak kurg stabilla mknanyer..

karl said...

hehe..bukan camtu la kak. entry ni untuk budak2 lepas spm :D akak dah ade keja so xde prob la dah.