21 April 2010

Search - Rampage (1992)



Search merupakan kumpulan rock pertama yang memperkenalkan efek distortion dalam permainan muzik mereka. Dianggotai oleh line-up yang silih berganti, antaranya Zainal Abidin (vokal, sebelum album dikeluarkan), Amy (vokal), Moq (vokal), Hillary Ang (guitarist), Noordin Taib (guitarist), Man Keedal (guitarist), Kid (guitarist), Nasir (bassist), Yan (Bassist), Daud (bassist), Memek (bassist), Fauzi (bassist), Yazid (drummer) dan Lola (drummer). Album pertama mereka Cinta Buatan Malaysia memperkenalkan kumpulan Search kepada mat rock seluruh Malaysia tentang kewujudan band yang unggul dalam permainan muzik ini. Kini setelah hampir 25 tahun selepas album pertama mereka, bangun, jatuh, bangun kembali, akhirnya dewasa dan matanglah sebuah kumpulan rock yang menjadi ikutan anak-anak muda seluruh negara.

Rampage, sebuah album yang dihasilkan pada tahun 1992, menampilkan line up yang terdiri daripada (kredit: www.muzikrock.com):

Penyanyi: Amy    Gitar:  Kid &Noordin         Bass: Yan                Dram:  Yazid


Berikut merupakan track list album ini:


Judul Pencipta / Penulis Masa
Neo Romantik Search / Loloq 5.31
Asli Dan Tulus M. Nasir 5.39
Berbagai Wajah M. Nasir / S. Amin Shahab 5.54
Metropolitan Search / Dr. Wan Zawawi 5.12
Analogi 0.1 Search / Loloq 4.41
Feel The Pain Search / Sujesh Pavithran 5.06
Nigina Search / Dr. Wan Zawawi 5.35
Sederhana Search / Dr. Wan Zawawi 5.28
Bertopeng Cinta Search / S. Amin Shahab 4.42
Nirmala Search / S. Amin Shahab 5.22
Bagi peminat-peminat yang mengikuti mereka semenjak album pertama, album Rampage menyaksikan Search beralih kepada rentak rock yang lebih mellow dan jelas, berbanding dengan album-album sebelumnya yang kental dengan sound rock yang mentah dan kasar, tidak dapat dipastikan sama ada perubahan ini disengajakan atau hasil daripada teknologi rakaman yang lebih baik. Kebanyakan peminat menganggap karisma album ini kurang menyerlah berbanding dengan Langit dan Bumi, Mentari Merah di Ufuk Timur mahu pun Fenomena.

Walaubagaimanapun, pada pendapat penulis, album ini masih mampu menyengat walaupun impaknya tidak sehebat album-album yang disebutkan di atas. Bermula dengan Neo Romantika yang rancak, permainan gitar Kid nampaknya serasi dengan Search. Asli dan Tulus, sebuah lagu balada ciptaan penuh M Nasir, penuh syahdu dan berpuitis. Lagu yang juga dikira menarik daripada album ini. Begitu juga dengan Berbagai Wajah, sebuah lagu semi balada, perubahan daripada permulaan yang perlahan kepada rancak, juga mampu menghiburkan. Rasanya Asli dan Tulus juga Berbagai Wajah sepatutnya lebih menyerlah daripada Nigina, tapi tak taulah jugak. Pelik juga kalau nak fikir, macam mana Nigina lagi popular.Sederhana, tampil dengan lirik tulisan Dr Wan Zawawi, tak silap saya merupakan pensyarah Antropologi Sosial di Universiti Malaya. Search juga tampil dengan Feel The Pain, dengan lirik tulisan Sujesh Pavithran, Timbalan Editor di StarPublication (M) Bhd. Walaupun kurang menyengat berbanding album sebelumnya, tahap pencapaian album ini masih lagi pada tahap yang memuaskan, dan boleh dikatakan jauh lebih menjadi berbanding album Selepas Banjir. Berminat? Anda tentukan. (Boss)


Kredit kepada:


Mastercomp (gambar depan album)
www.muzikrock.com (maklumat line up, album, tracklist, komposer/penulis lirik, durasi track)










No comments: