17 April 2010

Sabar, kesabaran

Sikap penyabar..memang satu sikap yang nipis dalam jasad aku ni.

Dalam banyak benda aku paling tak suka orang yang suka tangguhkan kerja. Yang tangguhkan duit masuk dalam akaun aku. Yang tangguhkan tugasan workgroup dalam kumpulan. Yang tangguhkan..segala macam perkara yang akhirnya menyusahkan aku. Bila ade je yang buat lewat, memang merasa la perkataan-perkataan tajam dari mulut aku.

Sampai satu tahap, aku kena bersemuka dengan pihak atasan disebabkan sikap kurang penyabar ni. Fuh.

Bila dah rasa tua sikit ni, aku rasa dah sampai aku control sifat, err pemarah ni. Memang sampai skang pun aku mengaku, sikap ni ada lagi, tapi aku dah boleh control sikit.

Atas muka bumi ni, bukan semua orang perangai yang sama. Bukan semua orang suka bergegas. Ada yang buat kerja cepat, ada yang buat kerja lambat. Orang yang buat kerja lambat, mungkin kerja dorang lagi teliti, kurang kesalahan, dan nak memastikan kerja berkualiti mestilah memerlukan masa, kan?

Lagipun, boleh ke kita bagi jaminan, tanpa kehadiran orang-orang yang lambat buat kerja ni, kita boleh buat semua kerja sorang diri?

Paling penting sekali, kesabaran sebenarnya tunjang kepada pemikiran waras. Gelojoh, maka pertimbangan akal pun berkurang.

Jadi, cubalah menjadi sorang yang penyabar. (Boss)

No comments: