30 April 2010

Penghujung musim-musim yang berlalu

5 May 2010. Tarikh peperiksaan kertas terakhir aku untuk sem ni. Lepas tu takde lagi kuliah, hospital attachment, lab session ataupun presentation.

..............................................................

4 tahun di sini, akhirnya sampai juga ke penamat. Seterusnya, nak tunggu keputusan exam pulak la. Sama ada lulus, boleh grad atau kandas..nauzubillahiminzalik..mintak jauh la daripada kandas..

Masa mula-mula masuk ke sini dulu, aku ingatkan mungkin aku boleh skor 3.5 tiap2 sem, yela, masa tu mentaliti aku, ala, tempat belajar budak Melayu, mesti kacang je belajar kat sana. Last-last, satu sem pun tak pernah skor. Dapat under 3.0 pun dah dua kali, repeat paper sekali. Aku yang sengal, aku mengaku. Malas dah nak salahkan siapa-siapa.

Takpela, la vida debe seguir - hidup mesti diteruskan, walau macam mana payah pun, lepas ni akan beralih ke fasa baru pulak. Bekerja, bila dah ada kerja tanggungjawab pun berubah sebagai seorang pekerja. Tanggungjawab sebagai anggota keluarga pun berubah, sebab dah berupaya cari nafkah. Mak abah dah ada calon yang dorang berkenan, dan sebenarnya aku nak cakap, "tak payahlah, biarlah cari sendiri". Tapi melihatkan dorang betul-betul berkenan kat budak tu, aku jadi serba-salah sebenarnya. Sebelum ni aku mak suruh aku ambil kursus lain, aku pilih kursus lain. Sekarang mak macam nak memintak diberikan sedikit ruang untuk uruskan kehidupan anak sulung dia ni. Aku ada perancangan lain sebenarnya, banyak lagi benda yang aku nak buat dalam hidup, dan berkeluarga ni bukan prioriti aku. Entahlah, pikir-pikir balik memang pening.

Batch aku di fakulti ni yang kedua terbesar, 160 orang. Yang akan masuk nanti bulan Julai nanti khabarnya 200 orang. Aku tanya pada Dr M, setuju ke ambil ramai-ramai ni. Dia tak setuju. Kemudian sembang pulak dengan B, baru aku tahu cerita, cerita dari mulut dia tapi aku rasa 80% sahih. Fakulti terpaksa ambil ramai sebab tekanan daripada pihak atasan, kononnya pihak Fakulti tak produktif, kalau nak keluarkan sedikit je student, baik gabung dengan FSK. Nak kejar sangat intake sampai 200 000 tu. Bangunan fakulti yang banyak tu pulak nak diagih-agih pada fakulti lain. Kesian betul, research, medal, banyak datang dari fakulti ni. Tapi dilayan macam ni. Kalau fakulti perubatan aku jamin tak sekeras ni dorang ditekan. Takpela, aku dah nak grad. Lagipun memang sesuai pun kot tindakan ni dengan mentaliti pihak fakulti sendiri. Bye-bye, semoga berjaya menghadapi kekalutan. Hehe..

Ada 2 paper lagi. Doakan aku berjaya ye, blog reader. Maaflah entri ni personal, aku takde idea nak ulas pasal isu apa. Cuti ni nanti banyak la kot isu-isu yang boleh aku geledah, komen, kritik sesedap rasanya. Peace. (Boss)

4 comments:

fauzan said...

Tahniaahhh....nak grad dahh noohhh...salam perkenalan

karl said...

terima kasih fauzan :)

MAMA AIZARA said...

suka baca entri ni wlpn citer personal :)

karl said...

hehe..tq mama aizara for visiting :)