22 April 2010

Nak besar nanti nak jadi ape?

Pernah tak kena tanya soalan macam tu?

Aku selalu kena tanya soalan macam tu. Masa kecik-kecik dulu la.

Dan ini antara jawapan aku:

Polis
Peguam
Doktor
Lecturer

Kenapa banyak sangat jawapan?

Sebab aku dah lama tau, cita-cita sebenarnya tak berguna langsung. Apa yang kau orang akan jadi betul2 bergantung pada sehelai kertas. Berapa banyak A atas kertas tu. A1 ke A2.

Aku dah lama tau. Tapi tak guna nak jawab macam tu kat orang dewasa. Yela, masa tu aku kecik lagi. Dorang dah besar. Kan kurang ajar jawab camtu. Tak pasal-pasal makan pelempang abah pulak.

Masa kecik kita diajar, "Belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi doktor, peguam, hakim"

Kenapa tak diajar je, "Dapatkan straight A, dapatkan 4.0 plate, nanti boleh jadi kuli, kerja dengan kerajaan sampai pencen pastu mati"

Kenapa tak diajar realiti yang sebenar? Sebab budak-budak mentah lagi. Jangan mengarut la. Waktu kanak-kanak sebenarnya manusia lebih cerdas. Apa yang budak-budak kurang pandai pada umur mereka adalah pertimbangan logik dan rasional.

Dari mula lagi, kita diajar, budak yang excellent dalam exam masuk kelas A. Yang kurang sikit masuk kelas B. Yang lebih malang, mungkin C atau D. Dan malang sungguh bila di kelas C atau D. Selalu dipandang rendah.

Begitu juga bila masuk universiti. Yang dapat pointer sekian, 1st class honour. Lepas tu 2nd class honour. 3rd class.

Apa guna cita-cita, sedangkan performance lebih penting?

Tidak, aku tak bodoh untuk dengki pada orang yang lebih pandai daripada aku. Ini bukan sebuah esei untuk mengutuk sistem, atau menyangkal sistem yang dah dijunjung sekian lama.

Cuma nak menjelaskan sebuah realiti. Pahit atau manis, itulah yang dilalui. Bukan aku sorang. Berjuta lagi orang yang sama macam aku. (Boss)

No comments: