15 April 2010

Munafik, opportunist, atau berprinsip

Sekali lagi, seorang ADUN keluar daripada parti yang disertai oleh beliau.

Sumber Sinar Harian,


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu. Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Jadi golongan mana agaknya Encik Tan Wei Shu ni agaknya?


Ada 3 kemungkinan yang aku boleh andaikan:

1. Munafik

Orang yang berpura-pura. Nampak baik di hadapan semua orang, dialah hebat, dialah pejuang sejati. Tapi sebenarnya cuma mendekati orang lain, membuatkan orang percaya pada mereka setakat untuk mengkhianati dorang setelah maksud atau tujuan dorang tercapai.

2. Opportunist

Orang yang mengambil kesempatan. Dorang tak kisah perangai dorang dilihat atau diketahui orang lain, lantak la. Asal ada peluang, gua rembat. PKR bagi peluang gua rembat, PAS bagi peluang gua rembat, USNO bagi peluang gua rembat, UMNO bagi peluang gua rembat jugak.

3. Berprinsip

Orang yang ada prinsip, dan sanggup menggadaikan apa saja bentuk kesenangan asalkan prinsip tak tercemar. Mungkin ada prinsip dalam PKR yang dah bertentangan dengan prinsip beliau sebagai ADUN


Kesimpulannya aku malas nak menghukum di sini, sebab bukan kerja aku nak menghukum orang, tambahan pula aku tak kenal dia, tak tahu sebab kenapa dia keluar dan apa yang nak dibuatnya lepas ni.

Pengkhianat? Pengkhianat ke ADUN ni?

Bergantung kepada siapa yang mengundi beliau. Kalau orang mengundi beliau atas tiket beliau sebagai calon PKR, betul beliau dah mengkhianat pengundi PKR. Kalau pengundi mengundi beliau atas kepercayaan beliau akan menjalankan tugas sebagai ADUN, atas kewibawaan beliau, well, dia tukar parti je. Takde masalah, kan?

Banyak betul ADUN PKR keluar parti tahun ni. Mudahnya menjadi calon agaknya, atau mudah sangat calon dipilih. (Boss)

No comments: