24 April 2010

Kenapa aku minat muzik rock?

Tak pernah ada sape pun tanya aku soalan ni. Takpe, biar aku tanya sendiri, pastu sendiri jawab.

Pada awal usia pasca kanak-kanak dan pre remaja (dalam lingkungan umur 9 tahun), aku sebenarnya tak terlalu meminati muzik. Mana2 muzik mainstream, yang cool, yang ade awek minat (N'Sync, Backstreet Boy, Bon Jovi), lagu tu lah yang aku layan, di samping lagu-lagu pop rock jiwang nyanyian band-band Ambang Klasik macam G.U.Y.S, Arowana, Utama, Satria, Fotograf, Ukays,Slam..hahaha..(wonder if they still exist, hmm).

Minat aku pada muzik sebenarnya dikekang oleh keluarga, terutamanya mak dan abah. Abah la terutama sekali. Zaman tu, kalau nak apa2, kena kumpul duit sendiri. Malah kalau dah kumpul sendiri, nak beli barang pulak, gerenti barang tu akan dipersoalkan  (terutamanya kaset ataupun walkman). Selalu gak pas beli kaset, tunggu mak balik sekolah, pastu layan lagu dalam kereta kancil @ proton. Peh..tak masuk lagi adik-adik yang kaki report. Memang azab jugak la kalau nak pikir..

Album rock pertama yang aku beli, Lagenda Rock keluaran Syarikat Warnada (sekarang syarikat tu dah bankrup kot). Dalam tu memang puas hati la lagu dia, walaupun sekadar rock mainstream. Isabella, Sejati, Penantian, Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara..syahdu giler..Dan waktu tu bermulalah aku sebagai peminat muzik slow rock ballad. Album-album yang aku beli selepas tu kebanyakannya kompilasi, yela, duit takde bai, kumpul sendiri, beli yang album kumpulan kalau tak best bazir giler woo. Klasik Rock 2, 3, Retro Rock, Pendekar IV..semua jadi koleksi aku. Time aku form 2 jugak isu Black Metal hangat diperkatakan. Walaupun berminat nak tau sebab isu tu, aku pendamkan je. Lagipun gambaran buruk pada muzik tu, menyebabkan aku tak berani nak usik.

Berpindah ke sekolah asrama, aku diperkenalkan pulak dengan muzik-muzik new age, Linkin Park, Simple Plan dan sebagainya. Tak ngam. Kemudian, lagu-lagu ACAB. Peh, power giler dorang ni. Rupanya banyak muzik underground yang best kat Malaysia ni. First album All American Reject diperkenalkan oleh member asrama gak. Waktu ni ruang lingkup muzik yang aku kenal dah mula bertambah luas. Jadi bermula dari sini pulak aku explore muzik-muzik yang keras. Cromok, malahan Mercyful Fate..tapi melalui radio era jela, ruangan rock@era. Aku ingat lagi layan lagu Dangerous Meeting masa dalam bilik study, time nak exam.

Kat matrikulasi, zaman nak ambik MUET, maka banyak layan lagu mainstream English, album Superfresh, Simple Plan, All American Reject..hmm..ada membantu ke dalam MUET? Tak tau jugak la, tapi MUET aku, alhamdulillah..lepas la. Zaman ni minat pada muzik, eksplorasi pada muzik dah mula terbatas.

Zaman belajar di ITM, wohooo..time ni segala jenis muzik rock aku mula kenal. Grindcore, Power Metal, Black Metal, Gothic, NWOBHM, Death Metal, Doom Metal dan segala jadah metal. Exposure yang semakin banyak membolehkan aku menilai, mengenal dan memahami setiap jenis muzik rock (metal berakar dari rock, walaupun ramai mat metal tak setuju tapi bagi aku ni adalah hakikat, takkan lu olang nak cakap metal dari muzik zapin kot??). Akhirnya, aku pilih untuk jadi peminat lagu yang best, tak merosakkan akidah dan yang penting, ROCK!!!

Bila dikaji balik mesej-mesej yang disampaikan dalam lagu-lagu rock ni, aku dapat rasakan, keintelektualan sesebuah lagu bukan bergantung kepada genre, tapi pada bagaimana cerdiknya susunan melodi penggubah lagu, balance antara bising dan slow (harmonik), dan paling penting, penulisan lagu. Dalam lagu-lagu rock cintan, rock kental, hatta lagu-lagu metal sekalipun, sebenarnya tak adil jika sekadar menghentam genre tanpa melihat ke dalam isi lagu tersebut. Hikayat Merong Mahawangsa oleh SilKhannaz, menceritakan tentang kisah silam Segara Masin atau nama popularnya, Tanah Melayu. Begitu juga dengan lirik lagu Lost to Apathy oleh kumpulan melodic death Dark Tranquility, mengisahkan tentang kekecamukan identiti hingga hilangnya minat dalam perang untuk mencari diri sendiri. Unsur kesusasteraan juga kental dalam lirik-lirik tulisan Allahyarham Loloq, M Nasir, S.Amin Shahab dan ramai lagi. Kisah-kisah tentang kehidupan, percintaan, kritik terhadap politik dan sosial..banyak mewarnai lirik lagu-lagu yang ditulis oleh mereka. Tak mustahil kalau lirik-lirik lagu rock ni, sedikit masa nanti akan jadi thesis PhD oleh generasi-generasi masa akan datang.

Tapi betullah, budaya rock yang tak elok, tak perlu lah diikut. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Tak perlulah bakar Al Quran, atau sembah syaitan, minum arak, main betina atau hisap dadah untuk jadi mat rock. Ada akal pakai la. (Boss)

"Semua orang dakwah. Tapi aku rugged muslim" - Bujang (dilakonkan oleh M Nasir, filem Kembara Seniman Jalanan)

No comments: