18 April 2010

kalah, kekalahan

Hari ni, dua-dua kelab bola (Man City & Chelsea) yang aku sokong kalah dalam match dorang.

Huh?

Aku peminat Barca & Man City sebenarnya. Chelsea tu, sokongan atas semangat setiakawan je, hehe.

Jadi malam ni, merasa la aku camne bila berdepan dengan kekalahan.

Sama dengan perasaan yang selalu aku experience sebelum2 ni.

Mengapa kita kalah? Kita kalah bila apa yang kita jangka akan dicapai, tak melepasi standard yang ditetapkan.

Ambil 10 subjek, expect dapat A dalam 5 subjek. Dapat 9 A. Itu satu kemenangan.

Ambil 10 subjek, expect dapat A dalam 10 seubjek. Dapat 9 A. Itu satu kekalahan.

Kekalahan boleh jadi penamat, boleh jadi permulaan, dan boleh jadi sekadar cebisan daripada rangka pengalaman yang lebih besar.

Penerimaan terhadap kekalahan, tu perkara yang paling penting. Menoleh balik ke masa silam dan menyesali kekalahan yang sudah, ape gunanya bai? Fragmen masa lepas, setakat ni, tak mampu lagi dicapai sekali hatta dengan teknologi tercanggih sekali pun.

Jadi yang sudah tu sudahlah. Apa yang penting, perancangan hari ini untuk berjaya di masa akan datang.

Biar kalah, jangan mengalah. Biar lumat dipijak, mengalah jangan sekali. Mengalah dalam usaha ke arah kebaikan ditegah sama sekali, sebab Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Dia tak pernah dan takkan sekali-kali mengalah dengan sikap manusia, penerimaan taubat sentiasa terbuka sehinggalah matahari terbit dari barat. Siapa kita untuk mengalah dengan cabaran yang sekadar sekelumit, jika nak dibandingkan dengan rahmat yang terbentang luas, yang dinikmati setiap saat?

Hitunglah keinsafan dan kesyukuran kita bila menghadapi kekalahan. Semoga rahmat Allah sentiasa menaungi kita. Amin. (Boss)

No comments: