23 April 2010

Bila pilihan raya kecil...

Aku memang rasa sangat kesian dan simpati terhadap dua, atau tiga, ataupun jarang-jarang sekali 4 orang individu bila pilihan raya kecil berlaku.

Siapa yang aku kesian kan tu?

Jawapan: Calon pilihan raya

Pelik? Kenapa tak rasa menyampah? Kenapa rasa kesian pulak?

Sebab, dalam merebut undi, habis segala isi luar dan dalam calon-calon ni akan ditelanjangkan oleh penyokong masing2.

Calon X rasuah, minum arak, kuat main judi. Calon Y kaki betina, bawak lari bini orang. Calon Z kantoi khalwat masa belajar kat sekolah menengah.

Tak tahulah orang lain macam mana. Kalau aku kat tempat dorang, memang malu yang teramat, tebal membengkak rasanya kulit muka.

Aku tertanya-tanya jugak, berbaloi ke rasa malu macam tu, berbanding dengan kenikmatan menjadi calon, yang belum tau kalah menang?

Mungkin berbaloi, entahlah, aku tak tahu standard moral terkini masyarakat sekarang macam mana. (Boss)

No comments: